Friday, June 14, 2013

Sebarau Pekasam Nusantara

Ikan Sebarau atau nama saintifiknya Hampala macrolepidota merupakan sejenis ikan yang terdapat di Malaysia yang merupakan ikan air tawar. Spesis ini biasanya terdapat di sungai-sungai yang mengalir deras. Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang.aktif selepas hujan.. Teknik pancingan sebarau akan diulas pada entri akan datang...hehe~

Ikan ini banyak tulang halus berbanding dengan ikan lampam... Jadi kali ini saya nak terangkan bagaimana ikan yang menjadi kegemaran orang utara ini boleh dinikmati seperti "nugget" yang diproses dengan asas rempah- ratus warisan N U S A N T A R A iaitu PEKASAM! 

Pembuatannya mudah tetapi cara memproses dari segi kebersihan, dan pemantauan semasa simpanan (peram) akan menentukan kualiti rasanya.. Dipendekkan episod kali ini..saya menggunakan seekor ikan sebarau bersaiz 1.5kg (ada sesetengah tempat panggil badong) ok, terus ke....

BAHAN-BAHAN dan kuantitinya...

Ikan sebarau = 1.5kg
Garam kasar = 300gm
Asam keping = 15 keping
Daun salam = 15 helai
Beras wangi = 500gm

Caranya...

1. Bersihkan ikan yang SEGAR sebersih-bersihnya dari segala sisa darah dan bendasing bagi mengelakan ikan menjadi rosak dan berulat ketika proses simpanan dalam jangka masa lama. INI PENTING!

2. Potong ikan kepada 3 bahagian dan dikelar pada bahagian isi yang tebal supaya proses memeram lebih cepat & mudah untuk dihidangkan kemudian.

3. Gaul bahagian ikan dengan garam kasar dengan rata kesemua bahagian dan sejat lebihan air.

4. Letakkan lapisan garam kasar, asam keping, dan daun salam dibahagian dalam bawah bekas simpanan kemudian masukan bahagian ikan dan ulangi seperti lapisan dibahagian bawah pada bahagian atas.

5. Tutup bekas simpanan supaya kedap udara dan simpan ke dalam peti ais selama 3-4 minggu.

6. Bersambung... Sehingga sahur ramadhan nanti. Ini kali pertama buat artikel pekasam... Gambar tak cukup Hehehe~

Sebelum ni buat untuk makan sendiri jer sambilan sebagai buah tangan pada kenalan...tapi ada permintaan pula..kata mereka, isi sebarau pekasam yang lembut dan "besar" (tebal) lebih sedap rasanya... mereka lah yang bertanggungjawab menggalakkan supaya mencuba dipasarkan.... huhuhuhu~ mereka (bukan kaki pancing) tak tahu saiz yang dikatakan sedap tu bukan semudah lampam yang dicari...

Bersempena sebelum ketibaan bulan RAMADHAN tahun ini...

Peluang dibuka kepada yang teringin mencuba "badong pekasam" ini untuk mengejutkan selera seisi rumah bersahur, boleh membuat tempahan (terhad) sekarang sekiranya berminat. Harga mengikut saiz/berat berikut : -

  200 gram = RM  8.00
  500 gram = RM20.00
1000 gram = RM40.00

** Penghantaran melalui Abang POSmen Laju2 ke pintu dapur seluruh Malaysia~

[ Tempahan melalui e-mail ]
e n . m o o s @ g m a i l . c o m

a t a u . . .

Melalui pesanan di kotak "comment" di bawah.

Ikan Lampam Sungai Wetland Paya Indah

Menuju... Cyberjaya -> Dengkil -> Banting... Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands...

Haa..secara ringkasnya..kat sini dibenarkan aktiviti memancing dengan bayaran RM10 bagi sebatang joran.. Berbekalkan umpan "gardenia" (umpan "rahsia" pun ada hehehe) dan bertemankan 2 sahabat Mat & Tony.. Kami mencuba mengubah nasib (semalam) dengan harapan mendapat seekor tangkapan yang istimewa... Akhirnya.... Tony berjaya membuat kami bertiga pulang dengan perasaan berbaloi untuk pengorbanan hari ini......seekor Lampam Sungai (ekor merah) bersaiz hampir 1kg adalah tangkapan pilihan terbaik berumpankan roti bagi trip kali ini.. Hmmm~ apa la nasib ikan lampam tu yer?????? ...tak ada istilah C N R / C P R dalam ini cerita...kasi jadi L A U K!!!

....tentu ramai nak tahu petua atau tips membersihkan Lampam (ikan sungai) dari berbau (rasa) rumput atau lumpur kan??

Sebelum ikan dibersihkan pegang kepala dan ekor ikan dengan kedua2 belah tangan dan tarik ikan tersebut sehingga berbunyi tulang2nya. Ini utk meratakan tulang ikan tersebut yg berselirat. (Cara ini juga boleh dilakukan pada ikan parang, terubuk dan ikan2 yg banyak tulang).

.....Sebelum ikan disiang ramaskan lalang pada badan ikan tersebut. Ajaib sungguh apabila lalang diramas2 pada ikan, dengan sendirinya sisik2 ikan tersebut mudah tanggal dan warna2 kehitaman tersebut yg melekat pada badan ikan juga luntur. Kemudian buangkan lalang2 tersebut dan cuci ikan seperti biasa dan kerat 2 ikan tersebut........Sekali lagi kita gosokkan lalang2 tersebut pada badan ikan dan di dalam bahagian perut ikan. Cuci lagi....... Selepas itu kita lumurkan ikan tersebut dengan hampas kelapa dan akhir sekali ikan direndam sebentar dengan limau nipis..... Nah~ bersedia untuk memasak pula..........

IKAN LAMPAM MASAK LEMAK CILI API
By : linapg.blogspot.com

#Bahan-Bahan:
1 ekor ikan Lampam
4-5 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
5 biji cili api (tumbuk)
sedikit serbuk kunyit
santan pekat (linapg gn 200 ml santan ayam brand)
Serai (dititik)
Air
Garam dan gula/perasa
3 keping asam keping

#Cara-Cara:
Satukan semua bahan ke dalam periuk, kacau hingga hampir mendidih.
Masukkan ikan kacau lagi..biarkan sebentar.Sesuaikan rasa.Tutup api

Selamat mencuba!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424

Tuesday, June 11, 2013

Tilapia Goreng Bersos

I N F O

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia!

Bagi kalangan kaki pancing di Malaysia (hampir seluruh dunia sebenarnya) siapa tak kenal akan si kecil pelahap, rakus, dan ramai "geng" ni...Haha jangan dipandang sinis pada golongan ini, selain isinya yang terkenal sedap dimasak dengan apa cara sekalipun..."bermain" dengan si cilik ni dengan tali halus dan joran berkekuatan ringan (ultra-lite power) memerlukan kemahiran yang baik jika tidak... Anda mungkin kecewa pada kemahiran pancingan anda.. Kenapa? Anda sendiri kena sahut cabaran si cilik ini dan menilai kemampuan masing-masing... Kalau di kolam-kolam pancing air tawar, spesis ini selalunya dipertaruhkan sebagai penyeri...kena pada harinya dilepaskan, pasti lumayan hasilnya...jadi, apa nak buat dengan "mereka" ni? Haaa... Ini dia... Sekali cuba...hari-hari nak pancing lagi!!!!!!!

Ikan ini menjadi pilihan dalam sukan pancingan saya iaitu teknik mengilat~ ....contoh umpan artificial pilihan saya menjerat spesis ini adalah bersaiz mikro seperti spinnerbait, spoon dan micro-crank.Opss~ resepi dijanjikan... Silakan mencuba..

Tilapia Goreng Bersos... Slurppp~

BAHAN-BAHANYAaa.....

1 ekor ikan tilapia (goreng garing)
1 tangkai daun kari
5 tangkai cili merah (cincang halus)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil air sotong (botol)
3 ulas bawang merah (cincang)
4 cm halia muda (cincang)

CARA MENYEDIKAN:

# Panaskan minyak, dan tumis kesemua bahan cincang dan daun kari sehingga garing dan naik bau.
# Masukkan sos, serbuk lada putih dan air sotong.
# Bubuhkan sedikit gula dan air sotong serta sos tiram.
# Tuangkan sedikit air (suku cawan).
# Biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat dan tuangkan ke atas ikan.

Stik Ikan Toman

T O M A N... Salah satu spesis ikan yang wujud dengan banyaknya di sungai-sungai dan kawasan tadahan air Malaysia. Spesis ini secara peribadi merupakan ikan pilihan saya dalam kategori sukan pancingan dengan menggunakan teknik pancingan umpan tiruan atau gewang! Di Malaysia permintaan ikan toman dipasaran agak baik terutama di restoran makanan cina yang selalunya dijadikan sajian tempura kerana rasanya yang sedikit tawar diperap dengan rempah dan dinikmati dengan sos.. Rasanya? Terbaik~

Menurut kajian... Ikan Toman merupakan jenis ikan buas dari keluarga ikan haruan (Channidae). Ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip dengan ikan haruan. Toman dapat tumbuh besar mencapai panjang yang lebih dari satu meter dan menjadi spesies yang terbesar dalam keluarganya.

Di Eropah Ikan toman dikenal sebagai red snakehead, redline snakehead merujuk pada warna badan ketika muda, atau malabar snakehead dan disebut pula giant snakehead pada toman yang berukuran besar. Nama snakehead merujuk pada bentuk kepalanya yang mirip dengan bentuk kepala ular. Dalam bahasa ilmiah ikan ini dikenal dengan nama Channa micropeltes.

Di Singapura, toman dipelihara di kolam-kolam dan saluran untuk rekreasi memancing. Ikan ini disukai pemancing kerana ‘tarikannya’ yang kuat ketika menyambar umpan di ujung pancing.

Ikan toman yang muda berwarna terang dan disukai sebagai ikan akuarium. Kerana, ikan ini kerap dieksport sebagai ikan hias ke semua negara, termasuk ke Amerika Serikat.

Belakangan ikan-ikan ini menimbulkan masalah di sana. Tahun 2002 dan 2003 ditemui empat ekor toman di perairan di Maryland dan Wisconsin. Dikhuatiri, ikan-ikan ini terlepas atau dilepaskan dari akuarium. Kewujudan ikan-ikan ini telah membimbangkan pihak yang memantau di negara itu kerana bimbang akan membiak, menginvasi dan mengganggu keseimbangan rantaian ekosistem di perairan setempat.

Dalam dunia kulinari, Ikan toman juga merupakan salah satu jenis ikan air tawar yang digemari. Dagingnya yang putih lembut menjadikan toman sebagai salah satu pilihan untuk ikan bakar, digulai atau dimasak sup. Toman juga kerap diawet dan dijual ke Jawa.

Hehehe... Cukup sedikit info ringkasan mengenai ikan toman, kita beralih pada resepi yang akan membuatkan "omputeh" pun menjilat jari.. Selamat mencuba...

Bahan-bahan

2 keping ikan toman
1 Biji ubi kentang
3 Hirisan lobak merah
2 Batang kacang Snow peas
1 Ketul kecil Bunga kobis
1 Biji lada benggala hijau-untuk hiasan
1 Biji Lada Benggala Merah-untuk hiasan
1/2 Biji Buah Lemon
1 sudu minyak zaitun
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 hirisan lemon
garam secukup rasa
daun parsly untuk hiasan

Cara Membuat

# Bersihkan ikan dan di perap bersama dengan garam,lada putih dan perahan limon selama 15 minit.
# Kemudian panggang sehingga separuh masak, dan ketepikan
# Kupas kentang dan potong sayur sayuran. bersihkan dan kemudian rebus separuh masak bersama sedikit garam dan setitik mentega. Bilas dengan air dan ketepikan.
# Ambil kentang yang telah direbus tadi, dan tumis bersama bawang putih dan sedikit garam.
# Untuk kuah, kisar lada benggala bersama sedikit minyak zaitun dan sedikit perahan lemon dan garam
# Tumis dengan sedikit minyak zaitun dan campurkan susu cair dan biarkan masak atau kuah menjadi pekat.
# Tuang diatas ikan yang telah dipanggang tadi dan siap untuk di hidangkan...

Psssttt...don't judge the fish by Its head hehehe~

Tangkap Gambar Lepas

"Catch Photo Release" atau Tangkap Gambar Lepas sudah menjadi budaya dalam dunia pancingan hari ini sejak bermulanya era "sosial network" dengan tujuan berkongsi pengalaman dan tanda kenangan pada waktu itu. Bersambung...

Pemancing Sukan & Rekreasi

Bila sebut MEMANCING.. Sudah tentu cara menangkap ikan dengan menggunakan 2 medium ASASnya terdiri dari TALI dan MATAKAIL... Jadi secara ringkasnya, PEMANCING adalah individu yang menggunakan 2 perkara tersebut...

Bersambung.... Hehe~

* Agak "SKEMA" gaya penulisan diatas rasanya...jadi saya akan mencuba untuk mengurangkan keletihan otak pembaca dan penulis disini...errr~ macam tetiba tukar format pulak kan??.. blog aku, ikut suka aku lah kan kehkehkeh~
#

Okey..berbalik kepada topik~
Dalam dunia yang disebut SUKAN PANCING, golongan ini tak lah digelar atlit negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Watson Nyambek, mahupun Datuk Nicholas David...tapi... Golongan "elit" ini ramai yang melibatkan diri dalam arena "hanyir" ni....hanyir2, sekali terkena panahan asmara spesis berlendir niii..jarang yang berjaya pulang ke pangkal jalan..hahaha kalau tak percaya, sila lah mencuba..."PM me" hihihi...

SUKAN MEMANCING a.k.a "SPORT FISHING" bak kata omputeh..bila diSUKANkan, membawa maksud aktiviti fizikal yang dilakukan memerlukan pengorbanan wang dan masa untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Berbeza dengan Pemancing Rekreasi yang melakukan aktiviti memancing secara ringkas, mudah, dan santai..

mòÓs

Salam "hanyir" terutama kepada sahabat-sahabat yang telah sedia mengenali diri saya dalam dunia sukan pancing di Malaysia. Tergeraknya hati untuk menulis secubit kisah pengalaman bersama di alam maya ini adalah untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat sesama kita.. Diharap melalui kaedah ini dapat menambahkan lagi ilmu hobi pancingan sesama kita... Dimulai dengan memohon maaf terdahulu atas kelemahan penulisan saya disini.. Sekian dahulu mukadimah blog "hijau" dari saya.. Assalamualaikum~