Tuesday, June 11, 2013

Stik Ikan Toman

T O M A N... Salah satu spesis ikan yang wujud dengan banyaknya di sungai-sungai dan kawasan tadahan air Malaysia. Spesis ini secara peribadi merupakan ikan pilihan saya dalam kategori sukan pancingan dengan menggunakan teknik pancingan umpan tiruan atau gewang! Di Malaysia permintaan ikan toman dipasaran agak baik terutama di restoran makanan cina yang selalunya dijadikan sajian tempura kerana rasanya yang sedikit tawar diperap dengan rempah dan dinikmati dengan sos.. Rasanya? Terbaik~

Menurut kajian... Ikan Toman merupakan jenis ikan buas dari keluarga ikan haruan (Channidae). Ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip dengan ikan haruan. Toman dapat tumbuh besar mencapai panjang yang lebih dari satu meter dan menjadi spesies yang terbesar dalam keluarganya.

Di Eropah Ikan toman dikenal sebagai red snakehead, redline snakehead merujuk pada warna badan ketika muda, atau malabar snakehead dan disebut pula giant snakehead pada toman yang berukuran besar. Nama snakehead merujuk pada bentuk kepalanya yang mirip dengan bentuk kepala ular. Dalam bahasa ilmiah ikan ini dikenal dengan nama Channa micropeltes.

Di Singapura, toman dipelihara di kolam-kolam dan saluran untuk rekreasi memancing. Ikan ini disukai pemancing kerana ‘tarikannya’ yang kuat ketika menyambar umpan di ujung pancing.

Ikan toman yang muda berwarna terang dan disukai sebagai ikan akuarium. Kerana, ikan ini kerap dieksport sebagai ikan hias ke semua negara, termasuk ke Amerika Serikat.

Belakangan ikan-ikan ini menimbulkan masalah di sana. Tahun 2002 dan 2003 ditemui empat ekor toman di perairan di Maryland dan Wisconsin. Dikhuatiri, ikan-ikan ini terlepas atau dilepaskan dari akuarium. Kewujudan ikan-ikan ini telah membimbangkan pihak yang memantau di negara itu kerana bimbang akan membiak, menginvasi dan mengganggu keseimbangan rantaian ekosistem di perairan setempat.

Dalam dunia kulinari, Ikan toman juga merupakan salah satu jenis ikan air tawar yang digemari. Dagingnya yang putih lembut menjadikan toman sebagai salah satu pilihan untuk ikan bakar, digulai atau dimasak sup. Toman juga kerap diawet dan dijual ke Jawa.

Hehehe... Cukup sedikit info ringkasan mengenai ikan toman, kita beralih pada resepi yang akan membuatkan "omputeh" pun menjilat jari.. Selamat mencuba...

Bahan-bahan

2 keping ikan toman
1 Biji ubi kentang
3 Hirisan lobak merah
2 Batang kacang Snow peas
1 Ketul kecil Bunga kobis
1 Biji lada benggala hijau-untuk hiasan
1 Biji Lada Benggala Merah-untuk hiasan
1/2 Biji Buah Lemon
1 sudu minyak zaitun
2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 hirisan lemon
garam secukup rasa
daun parsly untuk hiasan

Cara Membuat

# Bersihkan ikan dan di perap bersama dengan garam,lada putih dan perahan limon selama 15 minit.
# Kemudian panggang sehingga separuh masak, dan ketepikan
# Kupas kentang dan potong sayur sayuran. bersihkan dan kemudian rebus separuh masak bersama sedikit garam dan setitik mentega. Bilas dengan air dan ketepikan.
# Ambil kentang yang telah direbus tadi, dan tumis bersama bawang putih dan sedikit garam.
# Untuk kuah, kisar lada benggala bersama sedikit minyak zaitun dan sedikit perahan lemon dan garam
# Tumis dengan sedikit minyak zaitun dan campurkan susu cair dan biarkan masak atau kuah menjadi pekat.
# Tuang diatas ikan yang telah dipanggang tadi dan siap untuk di hidangkan...

Psssttt...don't judge the fish by Its head hehehe~

5 comments: